Thursday 27 February 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA' : BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak



[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Rujukan : 

Prof Dr Normaliza Abd Rahim, Penerbit Universiti Malaysia Terengganu (UMT)



Cerita yang berkaitan dengan Model Penceritaan 

Ibu bapa haruslah memainkan peranan penting untuk membina keluarga yang harmoni dan m I ewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapa haruslah memberikan kasih sayang mereka dengan secukupnya selain melayan anak-anak bagai  menatang minyak yang penuh. Lantaran itu, ibu bapa haruslah berusaha sedaya mungkin untuk meluangkan masa bersama dengan anak-anak. Meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga tidak bererti  mereka hanya melakukan aktiviti di luar rumah, bahkan usaha tersebut  boleh juga dilakukan di dalam rumah sepeti membincangkan masalah yang membelenggu pemikiran anak-anak di samping menyelesaikannya. Ibu bapa haruslah mengambil berat terhadap anak-anak  dengan bertanyakan masalah yang dihadapi, perkembangan pelajaran di sekolah dan kehidupan sosial mereka.
        Seterusnya, anak-anak juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk keluarga bahagia. Contohnya, abang atau kakak yang sudah dewasa membantu meringankan beban ibu bapa seperti menjaga adik, mengemas rumah dan memasak. Dengan itu, ibu tidaklah terlalu tertekan apabila pulang ke rumah setelah penat bekerja. Malah, ibu juga akan berasa gembira melihat keadaan rumah yang teratur dan bersih. Hal ini, akan mengelakkan pertelingkahan antara ibu dan anak seterusnya membawa kepada pembentukan keluarga bahagia. Ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada mencetuskan pertengkaran terutamanya antara ibu bapa dengan anak-anak kerana sebuah keluarga bahagia tidak seharusnya ada sikap seperti ini dan hal ini boleh mencemarkan nama baik keluarga secara tidak langsung.





Monday 24 February 2020

BBM3410Satu2020 : Asas Fotografi

Assalamualaikum semua, harini bersamaan 24 Februari 2020 kami mempelajari asas-asas fotografi yang diajar oleh Prof Dr Normaliza binti Abd Rahim. Di sini saya lampirkan hasil kerja kumpulan kami yang diaplikasikan daripada pembelajaran hari ini.

Jom kita lihat, zasssssss

MUG SHOT (ALIA)


                                Emosi Serius                                                    Emosi Gembira


 MUG SHOT (HASNI)


                                 Emosi Gembira                                              Emosi Serius


MUG SHOT (IRAH)


                                     Emosi Serius                                             Emosi Gembira


MUG SHOT (ISKANDAR)


                                    Emosi Serius                                              Emosi Gembira

     
MUG SHOT (MUNIRAH)


                                  Emosi Serius                                                  Emosi Gembira


MUG SHOT (NAJMI)


                                   Emosi Serius                                           Emosi Menjengkelkan


MUG SHOT (FIQA)

     
                                     Emosi Serius                                                  Emosi Gembira


MUG SHOT (HAIQAL)


                                  Emosi Serius                                                  Emosi Gembira


MUG SHOT (SYIFA)


Emosi Serius                                                  Emosi Gembira


MUG SHOT (NURIN)


Emosi Serius                                                  Emosi Gembira


LONG SHOT


Long Shot permandangan dan manusia


Long Shot Permandangan 


MEDIUM SHOT


Medium Shot permandangan dan manusia


Medium Shot permandangan


CLOSE UP


Close Up mata


Close Up benda


POTRAIT 


Potrait Separuh


Potrait Penuh


BBM3410Satu2020: Ulasan Tugasan Asas Grafik

Ulasan Tugasan Asas Grafik





Berdasarkan gambar ini ahli kumpulan kami sedang memegang hasil kerja yang dibuat pada 17 Februari 2020. Hasil ini merupakan tugasan yang diberikan oleh Prof Dr. Normaliza Abd Rahim



Gambar ini merupakan hasil kerja yang telah disemak oleh Prof. Dr Normaliza Abd Rahim. Prof memberikan pujian kepada kami atas kerja yang dihasilkan. Prof memberitahu supaya kami terus meningkatkan lagi usaha kami pada tugasan yang seterusnya.

BBM3410Satu2020: Blanket Test 2.0 Soalan dan Jawapan

SOALAN BLANKET TEST 2.0


Soalan    1      : Terangkan asas fotografi yang terdapat dalam gambar tersebut ?

Jawapan 1      : Gambar tersebut menggunakan asas fotografi potrait. Gambar tersebut lebih kelihatan jelas diambil. Potrait diambil dalam jarak yang dekat untuk mempamerkan wajah yang beremosi seseorang.

Soalan    2     : Jelaskan asas fotografi yang digunakan dalam gambar ini ?

Jawapan 2     : Asas fotografi yang digunakan adalah Mug shot. Hal ini demikian kerana foto atau gambar yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya memfokuskan pada bahagian muka. Mug shot mempamerkan pada bahagian raut wajah dengan lebih jelas supayaa dikenali oleh orang ramai.

Soalan     3       : Huraikan asas fotografi yang berkaitan dengan gambar tersebut ?

Jawapan  3       : Gambar yang digunakan adalah Close-up yang merupakan salah satu asas fotografi . Close-up diambil dalam jarak yang dekat untuk memfokuskan muka seseorang. Ianya diambil dengan lighting yang jelas.

Thursday 20 February 2020

BBM3201Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM



Ringkasan Cerita Sosial 2: Saya Yang Istimewa


Cerita ini mengisahkan seorang kanak-knak yang ceria yang bernama Alim. Ali ini mempunyai keluarga yang bahagia yang terdiri daripada ayah, ibu, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah. Pada suatu hari, ayah Alim telah ke Pasar tani untuk membeli buah-buahan untuk dimakan oleh anaknya. Pelbagai jenis buah-buahan yang telah dibeli oleh Ayah Alim seperti rambutan, durian, manggis, langsat, duku dan banyak lagi. Alim dan adik-beradik begitu teruja sekali apabila mengetahui bapanya telah membeli buah-buahan kegemaran mereka. Mereka telah makan dengan begitu teruja kerana buah-buahan tersebut. Sebelum itu, ibu Alim berpesan supaya membuang sampah ke dalam tong sampah agar rumah mereka kelihatan bersih dan tidak bersepah. Sambil memakan buah itu tiba-tiba Alim bertanya kepada ibunya adakah dia boleh memberi sedikit buah-buahan ini kepada Sulaiman ang merupakan jiran sebelah rumahnya. Dia selalu ingat pesanan ibunya supaya selalu berbuat baik dengan orng lain. Alim telah memberi buah-buahan itu kepada Sulaiman yang ketika itu sedang membasuh basikalnya. Kebetulan emak Sulaiman iaitu Mak Timah ada di situ dan dia mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberi buah-buahan tersebut. Dia mendoakan supaya Alim sekeluarga akan diberikan kesihatan yang berpanjangan.



Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.

Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara



BBM3410Satu2020:TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

MUHAMMAD NAJMI FARIZAL BIN JAZLAN
199808




Gambar di atas menunjukkan jawapan bagi kelebihan atau manfaat media sosial dalam kelas bahasa

Monday 17 February 2020

BBM3410Satu2020 : Asas Grafik

Assalamualaikum...

Pada hari ini kami telah ditugaskan oleh Prof. Dr Normaliza Abd Rahim untuk membuat satu tugasan. Kami telah ditugaskan oleh Prof untuk menyiapkan tugasan ini daripada 11.00 pagi sehingga 12.15 tengahari . Nama kumpulan kami adalah The Luxe Production. Nama kumpulan kami telah dipilih menerusi keputusan bersama oleh ahli kumpulan kami yang terdiri daripada 10 orang.


Aktiviti yang dilakukan sewaktu di dalam kelas tadi.pembahagian tugas juga telah dilakukan.


Pelajar semua kelihatan ceria ketika melakukan tugasan itu. Sesi tadi bersambung di luar kelas .











BBM3410SATU2020:BLANKET TEST



Soalan 1 : Berapa ayat dalam teks ?

Jawapan 1 : 4 Ayat





Soalan 2 : Sila terangkan satu elemen asas grafik yang berkaitan dengan gambar ini.

Jawapan 2 : Keseimbangan . Di dalam gambar itu , di bahagian atas terdapat warna langit yang cerah dan diseimbangikan dengan warna laut yang gelap di bawah. Di bahagian kanan pula , kedudukan resort adalah rawak dan diseimbangi dengan resort di sebelah kiri yang padat. Malah , di sebelah kiri terdapat sebuah bot yang juga mengimbangi resort yang padat itu.

Friday 14 February 2020

BBM3410SATU2020:CARA CARA MENULIS BLOG

CARA CARA MENULIS BLOG

1. TAJUK YANG MENARIK YANG BOLEH MENARIK PERHATIAN PEMBACA.

2. CERITA MENARIK YANG DAPAT MENARIK HATI PEMBACA.

3. MASUKKAN AYAT YANG HUMOR DAN BERBENTUK JENAKA UNTUK MEMBUATKANNYA LEBIH MENARIK.

4. MEMASTIKAN TERDAPAT HUJAH TERBAIK UNTUK MENGHURAIKAN PENULISAN ANDA.

5. KAITKAN PENULISAN ANDA DENGAN BERITA TERKINI.

6. GUNAKAN PERKATAAN DAN STRUKTUR DAN AYAT YANG RINGKAS.

7. DAPAT DIBACA DAN DIFAHAMI.

8. DAPAT BERKOMUNIKASI DENGAN PEMBACA .

9. MASUKKAN MORAL DAN NILAI ESTETIKA DALAM PENULISAN ANDA.

10. BERILMU UNTUK PENULISAN.


ULASAN


Pada pendapat saya, pemilihan tajuk bagi penulisan blok ini amat penting kerana dengan pilihan penulisan yang betul maka sesuatu penulisan yang dihasilakn akan lebih baik dan seterusnya mampu menarik perhatian kepada pembaca untuk melayari blog yang dihasilkan. Seorang penulis blog itu perlu mengetahui tentang ilmu pengetahuan mengetahui ilmu cara menulis blog dengan baik. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian dalam penulisan blog adalah mencari tajuk- tajuk menarik  yang boleh menarik perhatian pembaca. Sebagai contoh, seorang penulis itu berfikiran diluar kotak dengan mencari isu-isu semasa yang mampu memberikan sesuatu pengalaman yang baru kepada para pembaca. Seterusnya, seorang penulis itu perlulah memasukkan ayat humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Sebagai contoh, seorang penulis itu perlulah menyediakan kandungan yang berbentuk jenaka kerana ini mampu menarik minat pembaca untuk melayari blogger tersebut. Selain itu, penulis perlulah menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas kerana sesuatu ayat yang kompleks akan menyebabkan seseorang itu tidak berminat melayari blog tersebut. Kebanyakkan mereka lebih cenderung untuk membaca sesuatu bentuk tulisan yang ringkas dan padat dengan maklumat. Akhir sekali, seseorang penulis hendaklah memasukkan unsur moral dan nilai estiteka dan penulisan anda. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakkan blog pada hari ini tidak mengutamakan unsur moral dalam penulisan mereka.

BBM3410SATU2020:SINOPSIS CERITA SOSIAL 1

Cerita ini mengisahkan tentang remaja yang bernama Alim. Alim mempunyai dua orang nenek dan dua orang datuk yang menetap di Kajang . Pada suatu hari Alim tidak sabar untuk pulang kampung .
Keadaan di kampung yang tenteram menyebabkan Alim terasa sangat selesa,tambahan lagi untuk berjumpa dengan datuk dan nenek kesayangannya. Namun begitu, kegembiraan Alim bertukar kepada perasaan hiba dan sedih kerana apabila tiba di kampung dia mendapati bahawa haiwan peliharaan datuk dan nenek iaitu ayam dan itik sudah pun tiada.Tiba tiba Alim menangis kerana memikirkan bahawa ayam dan itik telah mati.Alim berfikir sejenak ketika itu sambil menangis. Kemudian nenek terus bertanya kenapa Alim menangis dan menceritakan perihal sebenar. Nenek menjelaskan bahawa ayam dan itik tidak mati malahan dipindahkan kepada reban yang baru. Alim terus gembira setelah mengetahui ayam dan itik itu masih ada.Setelah selesai melihat ayam dan itik Alim terus bergegas masuk ke dalam rumah. Tiba tiba dia menangis kerana mendapati suasana di dalam rumah sangat berbeza dahulu dan kini. Nenek telah menerangkan bahawa rumah itu telah diubah suai . Akhirnya Alim mengerti tentang perkara yang berlaku selama ini.

BBM3410SATU2020:KELUARGA

HAI GUYSSSS JANGAN LUPA SUBSCRIBE!!!!!!!!!!

Saya mempunyai keluarga yang sangat harmoni. Kami memupuk semangat agi hidup agi ngelaban...Kami akan fight untuk family kami...Pernah satu ketika , kami digemparkan dengan berita abang saya kemalangan sehinggakan abang saya koma di hospital...abang saya yang sulung. so nak dijadikan cerita, mak saya memberi amaran kepada kami untuk duduk di hospital dan menunggu abang saya sampai sedar. Selagi abang saya tidak sedar, jangan sesiapa balik daripada hospital tu...dan alhamdulillah sekarang semua masih ingat situasi itu dan lagi menguatkan kami punya kekeluargaan itu.setiap minggu kami akan membuat barbeku di rumah mak saya.semua orang akan balik dan membeli apa apa makanan untuk dijamu kepada semua.....pada malam itu menu paling istimewa dan wajib adalah TEH TARIK ..mak saya memang mantul membuat teh tarik....

Suasana paling saya tidak dapat lupakan adalah ketika musim perayaan . Semua anak anak Jazlan akan membuat rutin harian yang memang telah di ajar ketika kecil. Gotong-royong mengemas rumah adalah aktiviti kami sekeluarga. Kerja kerja juga akan dibahagikan setiap tahun akan berbeza kerjanya. Kami 4 adik beradik . 3 lelaki 1 perempuan. Semua kerja akan diberikan kepada adik kami. Kami akan menggunakan kuasa abang abang untuk membuli adik kami itu. Dan sesi air mata akan terjadi ketika melakukan kerja kerja mengemas rumah itu kerana kami akan menyakat sehinggakan air mata adik kami itu meleleh.

Alhamdulillah , Tuhan telah memurahkan rezeki keluarga saya ini. Saya dapat menjadi seorang manusia yang boleh membantu keluarga dengan bermain sukan hoki untuk kebangsaan. Saya dapat menampung seluruh keluarga. Keluarga saya tidak pernah jemu untuk membantu saya dari segi mental ataupun fizikal. Mereka akan datang memberi sokongan kepada saya daripada saya kecil sehingga saya sudah besar sekarang.Saya akan berbakti kepada keluarga saya hingga nafas terakhir saya.



BBM3410SATU2020:TENTANG DIRI

Assalammualaikum ! Salam sejahtera rakan-rakan blogger saya. 😆

Nama saya Muhammad Najmi Farizal bin Jazlan . You can call me Jimmy. Saya asal boleh jerrr.... saya asal Perlis dan sekarang saya menetap di Sungai Petani. Saya anak ketiga dari empat orang adik beradik. Saya mempunyai adik perempuan dan dua abang. Tarikh lahir saya mengenal dunia ini jatuh pada 4/4/1995...... Hobi saya adalah lepak di surau. Cita cita ku menjadi orang , dulu ku susah sekarang alhamdulillah....cita cita nak jadi Pegawai Polis......



BBM3410SATU2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

 ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA AKTIVITI 1   AKTIVITI 2 AKTIVITI 3 RUJUKAN Norein ...