[1] Keluarga
Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka
Rujukan :
Prof Dr Normaliza Abd Rahim, Penerbit Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Cerita yang berkaitan dengan Model Penceritaan
Ibu bapa haruslah memainkan peranan penting untuk
membina keluarga yang harmoni dan m I ewujudkan kebahagiaan dalam
keluarga. Ibu bapa haruslah memberikan kasih sayang mereka
dengan secukupnya selain melayan anak-anak bagai menatang minyak
yang penuh. Lantaran itu, ibu bapa haruslah berusaha sedaya mungkin untuk
meluangkan masa bersama dengan anak-anak. Meluangkan masa bersama-sama
ahli keluarga tidak bererti mereka hanya melakukan aktiviti di luar
rumah, bahkan usaha tersebut boleh juga dilakukan di dalam rumah
sepeti membincangkan masalah yang membelenggu pemikiran anak-anak di samping menyelesaikannya.
Ibu bapa haruslah mengambil berat terhadap anak-anak dengan
bertanyakan masalah yang dihadapi, perkembangan pelajaran di sekolah dan
kehidupan sosial mereka.
Seterusnya, anak-anak juga
memainkan peranan yang penting dalam memupuk keluarga bahagia. Contohnya, abang
atau kakak yang sudah dewasa membantu meringankan beban ibu bapa seperti
menjaga adik, mengemas rumah dan memasak. Dengan itu, ibu tidaklah terlalu
tertekan apabila pulang ke rumah setelah penat bekerja. Malah, ibu juga akan
berasa gembira melihat keadaan rumah yang teratur dan bersih. Hal ini, akan
mengelakkan pertelingkahan antara ibu dan anak seterusnya membawa kepada
pembentukan keluarga bahagia. Ahli keluarga sewajarnya mengelakkan
daripada mencetuskan pertengkaran terutamanya antara ibu bapa dengan anak-anak
kerana sebuah keluarga bahagia tidak seharusnya ada sikap seperti ini dan hal
ini boleh mencemarkan nama baik keluarga secara tidak langsung.
No comments:
Post a Comment