1. TAJUK YANG MENARIK YANG BOLEH MENARIK PERHATIAN PEMBACA.
2. CERITA MENARIK YANG DAPAT MENARIK HATI PEMBACA.
3. MASUKKAN AYAT YANG HUMOR DAN BERBENTUK JENAKA UNTUK MEMBUATKANNYA LEBIH MENARIK.
4. MEMASTIKAN TERDAPAT HUJAH TERBAIK UNTUK MENGHURAIKAN PENULISAN ANDA.
5. KAITKAN PENULISAN ANDA DENGAN BERITA TERKINI.
6. GUNAKAN PERKATAAN DAN STRUKTUR DAN AYAT YANG RINGKAS.
7. DAPAT DIBACA DAN DIFAHAMI.
8. DAPAT BERKOMUNIKASI DENGAN PEMBACA .
9. MASUKKAN MORAL DAN NILAI ESTETIKA DALAM PENULISAN ANDA.
10. BERILMU UNTUK PENULISAN.
ULASAN
Pada pendapat saya, pemilihan tajuk bagi
penulisan blok ini amat penting kerana dengan pilihan penulisan yang betul maka
sesuatu penulisan yang dihasilakn akan lebih baik dan seterusnya mampu menarik
perhatian kepada pembaca untuk melayari blog yang dihasilkan. Seorang penulis blog
itu perlu mengetahui tentang ilmu pengetahuan mengetahui ilmu cara menulis blog
dengan baik. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian dalam penulisan blog
adalah mencari tajuk- tajuk menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
Sebagai contoh, seorang penulis itu berfikiran diluar kotak dengan mencari
isu-isu semasa yang mampu memberikan sesuatu pengalaman yang baru kepada para
pembaca. Seterusnya, seorang penulis itu perlulah memasukkan ayat humor dan
berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Sebagai contoh, seorang
penulis itu perlulah menyediakan kandungan yang berbentuk jenaka kerana ini
mampu menarik minat pembaca untuk melayari blogger tersebut. Selain itu,
penulis perlulah menggunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas kerana
sesuatu ayat yang kompleks akan menyebabkan seseorang itu tidak berminat
melayari blog tersebut. Kebanyakkan mereka lebih cenderung untuk membaca
sesuatu bentuk tulisan yang ringkas dan padat dengan maklumat. Akhir sekali,
seseorang penulis hendaklah memasukkan unsur moral dan nilai estiteka dan
penulisan anda. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakkan blog pada hari ini
tidak mengutamakan unsur moral dalam penulisan mereka.
No comments:
Post a Comment