Friday 14 February 2020

BBM3410SATU2020:KELUARGA

HAI GUYSSSS JANGAN LUPA SUBSCRIBE!!!!!!!!!!

Saya mempunyai keluarga yang sangat harmoni. Kami memupuk semangat agi hidup agi ngelaban...Kami akan fight untuk family kami...Pernah satu ketika , kami digemparkan dengan berita abang saya kemalangan sehinggakan abang saya koma di hospital...abang saya yang sulung. so nak dijadikan cerita, mak saya memberi amaran kepada kami untuk duduk di hospital dan menunggu abang saya sampai sedar. Selagi abang saya tidak sedar, jangan sesiapa balik daripada hospital tu...dan alhamdulillah sekarang semua masih ingat situasi itu dan lagi menguatkan kami punya kekeluargaan itu.setiap minggu kami akan membuat barbeku di rumah mak saya.semua orang akan balik dan membeli apa apa makanan untuk dijamu kepada semua.....pada malam itu menu paling istimewa dan wajib adalah TEH TARIK ..mak saya memang mantul membuat teh tarik....

Suasana paling saya tidak dapat lupakan adalah ketika musim perayaan . Semua anak anak Jazlan akan membuat rutin harian yang memang telah di ajar ketika kecil. Gotong-royong mengemas rumah adalah aktiviti kami sekeluarga. Kerja kerja juga akan dibahagikan setiap tahun akan berbeza kerjanya. Kami 4 adik beradik . 3 lelaki 1 perempuan. Semua kerja akan diberikan kepada adik kami. Kami akan menggunakan kuasa abang abang untuk membuli adik kami itu. Dan sesi air mata akan terjadi ketika melakukan kerja kerja mengemas rumah itu kerana kami akan menyakat sehinggakan air mata adik kami itu meleleh.

Alhamdulillah , Tuhan telah memurahkan rezeki keluarga saya ini. Saya dapat menjadi seorang manusia yang boleh membantu keluarga dengan bermain sukan hoki untuk kebangsaan. Saya dapat menampung seluruh keluarga. Keluarga saya tidak pernah jemu untuk membantu saya dari segi mental ataupun fizikal. Mereka akan datang memberi sokongan kepada saya daripada saya kecil sehingga saya sudah besar sekarang.Saya akan berbakti kepada keluarga saya hingga nafas terakhir saya.



No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

 ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA AKTIVITI 1   AKTIVITI 2 AKTIVITI 3 RUJUKAN Norein ...