Hye semua.... ok hari sekarang aku nak bercerita sikit tau. tapi harap korang semua sudi la nak dengar. Ok hari ini aku nak cerita sikit pasal nilai murni cerita sosial 4 hihihi
Rumusan Cerita sosial 4
Berdasarkan
cerita sosial 4 saya mendapati terdapat 3 nilai murni. Antara nilai murni yang
terdapat dalam cerita sosial 4 ialah menghormati
ibu bapa, baik hati dan berdisipilin. Nilai murni yang pertama yang terdapat
dalam cerita ialah menghormati ibu bapa.
Dalam cerita sosial 4 saya mendapati bahawa Alim seorang ank yang baik. Hal
ini dikatakan demikian kerana dia bersalaman dengan ibu, bapa dan
adik-beradiknya sebelum ke sekolah. Seterusnya, nilai murni kedua yang terdapat
dalam cerita sosial 4 ialah baik hati.
Alim seorang yang baik hati kerana dia selalu ingin berkongsi sesuatu dengan
kawan-kawannnya. Sebagai contoh Alim membawa kek cawan ke sekolah untuk
berkongsi dengan kawan-kawannnya kerana semalam merupakan hari jadi Alim. Akhir
sekali, nilai murni yang terdapat dalam cerita sosial 4 adalah
berdisiplin. Alim seorang yang
berdisiplin dalam kelas. Hal ini kerana dia selalu mendengar segala arahan yang
diberikan oleh cikgu Anis disamping dia juga belajar dengan bersungguh-sungguh.
RUJUKAN
Normaliza
Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi:
Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment