Bahagian B
Menulis
cerita secara individu telah memberi kesan besar kearah pelajar semasa proses
penulisan. Cabaran seorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan
juga sikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka
keberatan untuk menulis.
(Normaliza
Abd Rahim, 2014)
Pelajar
lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses
pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam
aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan
semasa proses pembelajaran.
(Noraien Mansor
& Normaliza Abd Rahim, 2017)
Pada
pendapat saya, berdasarkan penulisan yang dilakukan oleh Normaliza Abd Rahim
pada tahun 2014 didapati bahawa beliau meyatakan bahawa penulisan amat memberi
kesan yang besar kepada para pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui
penulisan bakat-bakat yang terpendam dalam diri seorang pelajar itu akan dapat
dicungkil dan seterusnya diperkembangkan ke peringkat yang lebih tinggi.
Seperti yang kita sedia maklum untuk menghasilkan sebuah penulisan yang baik
seseorang itu perlu memperkukuhkan pengetahuan mereka dahulu. Seseorang itu
boleh mengukuhkan pengetahuan mereka melalui pembacaan bahan bacaan berilmiah.
Namun begitu, antara cabaran yang perlu diatasi oleh seseorang pelajar adalah
dengan cuba membuang sikap yang tidak yakin dengan diri sendiri. Hal ini kerana
dengan sifat sebegitu akan menyebabkan minda seseorang pelajar akan terganggu
kerana memikirkan apa yang akan berlaku sekiranya penulisan yang mereka
hasilkan diterbitkan. Perasaan untuk tidak memberi orang membaca penulisan kita
harus dibuang kerana dengan ada panel yang menilai penulisan kita maka kita
akan dapat melihat dimana kelemahan kita dan seterusnya memperbaiki segala
kelemahan itu. Seterusnya berdasarkan penulisan yang dibuat oleh Noraien Mansor
& Normaliza Abd Rahim pada tahu 2017 bahawa kebanyakkan pelajar pada hari
ini lebih gemar untuk melibatkan secara terus dalam aktiviti yang melibatkan
pengajaran bahasa. Penglibatan secara langsung dalam aktiviti ini amat penting
kepada pelajar kerana ini akan membantu pelajar untuk mendalami sesuatu ilmu
dengan lebih mendalam. Melalui aktiviti ini juga pelajar juga berpeluang untuk
bertanya kepada tenaga pengajar tentang perkara yang mereka tidak fahami. Oleh
itu, tahap kefahaman seorang pelajar akan lebih meningkat jika pengajaran
melalui dilakukan.
Norein
Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu:
Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment