Thursday, 27 February 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA' : BUKU KAJIAN WACANA

Model Penceritaan Nilai Sosial Cerita Kanak-kanak



[1] Keluarga

Saya berasa puas hati
Menolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Rujukan : 

Prof Dr Normaliza Abd Rahim, Penerbit Universiti Malaysia Terengganu (UMT)



Cerita yang berkaitan dengan Model Penceritaan 

Ibu bapa haruslah memainkan peranan penting untuk membina keluarga yang harmoni dan m I ewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapa haruslah memberikan kasih sayang mereka dengan secukupnya selain melayan anak-anak bagai  menatang minyak yang penuh. Lantaran itu, ibu bapa haruslah berusaha sedaya mungkin untuk meluangkan masa bersama dengan anak-anak. Meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga tidak bererti  mereka hanya melakukan aktiviti di luar rumah, bahkan usaha tersebut  boleh juga dilakukan di dalam rumah sepeti membincangkan masalah yang membelenggu pemikiran anak-anak di samping menyelesaikannya. Ibu bapa haruslah mengambil berat terhadap anak-anak  dengan bertanyakan masalah yang dihadapi, perkembangan pelajaran di sekolah dan kehidupan sosial mereka.
        Seterusnya, anak-anak juga memainkan peranan yang penting dalam memupuk keluarga bahagia. Contohnya, abang atau kakak yang sudah dewasa membantu meringankan beban ibu bapa seperti menjaga adik, mengemas rumah dan memasak. Dengan itu, ibu tidaklah terlalu tertekan apabila pulang ke rumah setelah penat bekerja. Malah, ibu juga akan berasa gembira melihat keadaan rumah yang teratur dan bersih. Hal ini, akan mengelakkan pertelingkahan antara ibu dan anak seterusnya membawa kepada pembentukan keluarga bahagia. Ahli keluarga sewajarnya mengelakkan daripada mencetuskan pertengkaran terutamanya antara ibu bapa dengan anak-anak kerana sebuah keluarga bahagia tidak seharusnya ada sikap seperti ini dan hal ini boleh mencemarkan nama baik keluarga secara tidak langsung.





Monday, 24 February 2020

BBM3410Satu2020 : Asas Fotografi

Assalamualaikum semua, harini bersamaan 24 Februari 2020 kami mempelajari asas-asas fotografi yang diajar oleh Prof Dr Normaliza binti Abd Rahim. Di sini saya lampirkan hasil kerja kumpulan kami yang diaplikasikan daripada pembelajaran hari ini.

Jom kita lihat, zasssssss

MUG SHOT (ALIA)


                                Emosi Serius                                                    Emosi Gembira


 MUG SHOT (HASNI)


                                 Emosi Gembira                                              Emosi Serius


MUG SHOT (IRAH)


                                     Emosi Serius                                             Emosi Gembira


MUG SHOT (ISKANDAR)


                                    Emosi Serius                                              Emosi Gembira

     
MUG SHOT (MUNIRAH)


                                  Emosi Serius                                                  Emosi Gembira


MUG SHOT (NAJMI)


                                   Emosi Serius                                           Emosi Menjengkelkan


MUG SHOT (FIQA)

     
                                     Emosi Serius                                                  Emosi Gembira


MUG SHOT (HAIQAL)


                                  Emosi Serius                                                  Emosi Gembira


MUG SHOT (SYIFA)


Emosi Serius                                                  Emosi Gembira


MUG SHOT (NURIN)


Emosi Serius                                                  Emosi Gembira


LONG SHOT


Long Shot permandangan dan manusia


Long Shot Permandangan 


MEDIUM SHOT


Medium Shot permandangan dan manusia


Medium Shot permandangan


CLOSE UP


Close Up mata


Close Up benda


POTRAIT 


Potrait Separuh


Potrait Penuh


BBM3410Satu2020: Ulasan Tugasan Asas Grafik

Ulasan Tugasan Asas Grafik





Berdasarkan gambar ini ahli kumpulan kami sedang memegang hasil kerja yang dibuat pada 17 Februari 2020. Hasil ini merupakan tugasan yang diberikan oleh Prof Dr. Normaliza Abd Rahim



Gambar ini merupakan hasil kerja yang telah disemak oleh Prof. Dr Normaliza Abd Rahim. Prof memberikan pujian kepada kami atas kerja yang dihasilkan. Prof memberitahu supaya kami terus meningkatkan lagi usaha kami pada tugasan yang seterusnya.

BBM3410Satu2020: Blanket Test 2.0 Soalan dan Jawapan

SOALAN BLANKET TEST 2.0


Soalan    1      : Terangkan asas fotografi yang terdapat dalam gambar tersebut ?

Jawapan 1      : Gambar tersebut menggunakan asas fotografi potrait. Gambar tersebut lebih kelihatan jelas diambil. Potrait diambil dalam jarak yang dekat untuk mempamerkan wajah yang beremosi seseorang.

Soalan    2     : Jelaskan asas fotografi yang digunakan dalam gambar ini ?

Jawapan 2     : Asas fotografi yang digunakan adalah Mug shot. Hal ini demikian kerana foto atau gambar yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya memfokuskan pada bahagian muka. Mug shot mempamerkan pada bahagian raut wajah dengan lebih jelas supayaa dikenali oleh orang ramai.

Soalan     3       : Huraikan asas fotografi yang berkaitan dengan gambar tersebut ?

Jawapan  3       : Gambar yang digunakan adalah Close-up yang merupakan salah satu asas fotografi . Close-up diambil dalam jarak yang dekat untuk memfokuskan muka seseorang. Ianya diambil dengan lighting yang jelas.

Thursday, 20 February 2020

BBM3201Satu2020: CERITA SOSIAL 2 - BUKU WACANA PROF DR NORMALIZA ABD RAHIM



Ringkasan Cerita Sosial 2: Saya Yang Istimewa


Cerita ini mengisahkan seorang kanak-knak yang ceria yang bernama Alim. Ali ini mempunyai keluarga yang bahagia yang terdiri daripada ayah, ibu, abang Imran, Kak Madinah dan Aisyah. Pada suatu hari, ayah Alim telah ke Pasar tani untuk membeli buah-buahan untuk dimakan oleh anaknya. Pelbagai jenis buah-buahan yang telah dibeli oleh Ayah Alim seperti rambutan, durian, manggis, langsat, duku dan banyak lagi. Alim dan adik-beradik begitu teruja sekali apabila mengetahui bapanya telah membeli buah-buahan kegemaran mereka. Mereka telah makan dengan begitu teruja kerana buah-buahan tersebut. Sebelum itu, ibu Alim berpesan supaya membuang sampah ke dalam tong sampah agar rumah mereka kelihatan bersih dan tidak bersepah. Sambil memakan buah itu tiba-tiba Alim bertanya kepada ibunya adakah dia boleh memberi sedikit buah-buahan ini kepada Sulaiman ang merupakan jiran sebelah rumahnya. Dia selalu ingat pesanan ibunya supaya selalu berbuat baik dengan orng lain. Alim telah memberi buah-buahan itu kepada Sulaiman yang ketika itu sedang membasuh basikalnya. Kebetulan emak Sulaiman iaitu Mak Timah ada di situ dan dia mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberi buah-buahan tersebut. Dia mendoakan supaya Alim sekeluarga akan diberikan kesihatan yang berpanjangan.



Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi.

Universiti Malaysia Terengganu. Hakcipta Terpelihara



BBM3410Satu2020:TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH

MUHAMMAD NAJMI FARIZAL BIN JAZLAN
199808




Gambar di atas menunjukkan jawapan bagi kelebihan atau manfaat media sosial dalam kelas bahasa

Monday, 17 February 2020

BBM3410Satu2020 : Asas Grafik

Assalamualaikum...

Pada hari ini kami telah ditugaskan oleh Prof. Dr Normaliza Abd Rahim untuk membuat satu tugasan. Kami telah ditugaskan oleh Prof untuk menyiapkan tugasan ini daripada 11.00 pagi sehingga 12.15 tengahari . Nama kumpulan kami adalah The Luxe Production. Nama kumpulan kami telah dipilih menerusi keputusan bersama oleh ahli kumpulan kami yang terdiri daripada 10 orang.


Aktiviti yang dilakukan sewaktu di dalam kelas tadi.pembahagian tugas juga telah dilakukan.


Pelajar semua kelihatan ceria ketika melakukan tugasan itu. Sesi tadi bersambung di luar kelas .











BBM3410SATU2020: ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA

 ISU DALAM RANGKAIAN SOSIAL DALAM KALANGAN PENGGUNA AKTIVITI 1   AKTIVITI 2 AKTIVITI 3 RUJUKAN Norein ...